Posts

Perjalanan Mencari Cinta Ilahi

Image
Wahai Tuhanku, penjara lebih aku sukai daripada memenuhi ajakan mereka kepadaku. Dan jika engkau hindarkan daripada tipu daya mereka, tentu aku akan cenderung untuk (memenuhi keinginan mereka) dan tentulah aku termasuk orang - orang yang bodoh (QS. Yusuf: 33) Seorang nabi yang sememangnya mempunyai status yang tinggi di hadapan Allah, begitu tunduk dan merayu dengan bersungguh-sungguh  berdoa agar Allah melindunginya daripada gangguan kemaksiatan. Di saat aku masih terlalu banyak berkira-kira untuk berdoa kepada Allah dalam melalui segala urusan kehidupan seharian, aku terkesima seketika saat membaca ayat 33 ini. Betapa malunya aku kerana sangat lemah kebergantunganku kepada Allah terutama dalam hal berdoa. Pohonlah doa kepada Allah atas segala urusan yang dilakukan kerana Allah itu Maha Pengabul Doa. Hatta sekecil-kecil perkara. "Berdoalah kepadaKu, nescaya akan Kuperkenankan bagimu (Mukmin:60) Sombong lagikah aku?